MATLAMAT PENDIDIKAN
Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah .
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah membolehkan :
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;
ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;
iii. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
x. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya .
Tuesday, March 30, 2010
Monday, March 29, 2010
Anak adalah Permata Negara
Setiap anak adalah permata negara. Kita tentu sedih apabila terpampang di dada akhbar, ada anak yang telah dibuang dan dihurung burung gagak. Betapa malangnya nasib bayi tersebut. Bayi-bayi itu lebih malang daripada anak-anak yatim.
Ini kerana kita tidak sempat untuk menawarkan yang 'terbaik' kepada mereka. Namun bagi anak-anak yang sempat bersama kita, mereka juga boleh dihurung gagak-gagak hanya kerana keangkuhan dan kedegilan kita.
Jika ada program yang baik untuk anak-anak kita, berilah sokongan, biar siapa pun yang menganjurkan dan atas sebarang alasan sekalipun.
Alangkah baiknya jika kita menyumbang untuk penambahbaikan. Jika program ini dikatakan menelan duit, tunggulah nanti apabila buluh telah menjadi kukuh, pada waktu itu biar segunung wang yang diberikan untuk merawat, ia tetap sukar.
Jangan jadikan anak-anak kita tawanan dan tebusan untuk diri kita. Berterima kasihlah kerana sekurang-kurangnya ada pihak yang jelas nampak peri pentingnya permata negara.
ANAK
Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara
Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli
Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Saturday, March 27, 2010
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LAMBAT
Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahun umpamanya, pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan mendapat manfaat jika dirancang.
BIMBINGAN BAGI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI PERKEMBANGAN YANG LAMBAT
Kanak-kanak prasekolah yang lambat perlu menjalani penilaian yang terperinci supaya pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-kanak itu dapat diatur. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lambat akan mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Setiap kanak-kanak yang didapati lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut. Perlu ditegaskan lagi bahawa pencapaian bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)