Tuesday, April 13, 2010

KANAK-KANAK PELAT

Bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul.
Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'.
Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi.
Saintis Social dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak. Menurutnya, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.
Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau bonda, walid (bapa), si anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan kerana si bayi akan menuturkan apa yang mampu dikeluarkannya dulu.
"Pada 1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik apabila besar.
"Sebenarnya, ada dua pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika hendak mengajuk atau bermanja dengan anak itu.
"Kanak-kanak boleh faham percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat ketika berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya.
Punca kanak-kanak lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi, menyebabkan dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai kemahiran fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.
"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan bercakap pelat dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu kerana rasa dipermainkan. lni menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa, tetapi jangan diamalkan," katanya.
Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul.
"Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima. Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu bercakap dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan bagi merujuk masalah itu," katanya.
Anak murid saya ada yang pelat sehingga berumur 5 tahun. Kanak-kanak pelat adalah sejak awal umur mereka dan bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka bermula dari rumah iaitu sebelum melangkah ke sekolah. Ada dikalangan kanak-kanak yang dikurniakan lidah yang pendek. Namun tidak dinafikan ada dikalangan ibubapa yang sering menukar bunyi sesuatu sebutan bahasa seolah-olah mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak hanya menerima sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah kerana mereka sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima sesuatu yang diajar itu.
Perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'.. contohnya susu ditukarkan menjadi syusyu.. sibuk ditukarkan menjadi syibuk.. sayang ditukarkan menjadi syayang..
Sekiranya perkataan tidak diperbetulkan ianya akan kekal digunakan hingga kanak-kanak dewasa. Kanak-kanak yang pelat akan menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan untuk bergaul apabila berada di sekolah. Selain itu, bahasa dan pertuturan kanak-kanak juga sukar difahami oleh orang lain.


TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK PELAT

Bercakap memerlukan skill yang tinggi. Pelat ketika berusia tiga tahun merupakan suatu yang normal, tetapi elok juga dibetulkan sebelum terlambat. Kalau sampai sudah hendak sekolah masih pelat, boleh menimbulkan masalah lain seperti inferior atau malu diejek oleh rakan-rakan.
Di antara tindakan susulan yang perlu dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak yang pelat adalah seperti menggunakan gabungan banyak otot untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu meniru bunyi yang dihasilkan. Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah yang tepat. Meniru mimik wajah lebih mudah.
Yang kedua, bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft) supaya lebih mudah kanak-kanak menangkap bunyi yang hendak ditiru.
Yang ketiga ialah mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan dengan satu suku kata. Jika 'k' yang sukar disebut, latih sebut 'ku' dahulu. Sudah dapat, ikuti dengan 'kuku'. Menumpukan satu konsonan pada satu-satu masa.
Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-ulang. Jangan memaksa atau beri tekanan pada kanak-kanak kerana apabila terlalu lama ia akan membuat kanak-kanak tersebut jemu.
Memberi upah atau dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup sekadar pujian, tepuk tangan atau dakapan kepada murid tersebut.
Memberikan cermin muka kepada kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan cermin. Ini dapat mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga baik. Dia dapat mengenalpasti otot-otot yang perlu digunakan ketika bercakap.
Selain itu, guru hendaklah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Guru boleh menjalankan aktiviti bermain peranan ketika di dalam kelas. Ia dapat membantu murid melatih dirinya memperbaiki pertuturannya.
Guru perlu memperbetulkan setiap perkataan yang dipertuturkan jika didapati perkataan pelat digunakan. Guru hendaklah mengambil berat tentang masalah ini supaya kepelatan tersebut dapat diatasi dengan baik.
Apa-apa pun proses pembelajaran sepatutnya menyeronokkan ibu dan bapa, guru dan kanak-kanak. Lebih interaktif lebih baik. Jika dia tidak dapat menyebut 's' dengan betul, berikan ciuman dan sebut 'kissss'. Minta dia ulang pada anda. Cium dan sebut 'kiss. Selain itu, guru hendaklah melakukan penyusunan, penilaian pemahaman dalam ujian diagnostic. Memberi bimbingan yang khusus ke atas kanak-kanak yang bermasalah. Memberi pendedahan tentang penggunaan program perisian yang dapat membantu kanak-kanak. Menyokong interaksi sosial kanak-kanak melalui rekreasi bersama-sama. Melakukan terapi seperti menjalankan aktiviti main peranan secara kelas ataupun secara individu. Melaksanakan aktiviti berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain melalui aktiviti permainan dan perbualan. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah. Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran yang dilaksanakan.

2 comments:

  1. Entry yg sangat menarik..anak adaa dah 3 tahun setengah..cakapnya memang pelat..tp adaa faham..ayahnye x faham sgt..tapi dia seorang yg bijak..dr umur 1 tahun lebih dah kenal semua huruf dan number..jd adaa rs xde masalah..cuma mgkn perlukan lebih masa utk fasih..hopefully

    Nway nice entry

    Jemput ke blog adaa juga utk info kesihatan ye

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  2. bestttt info... jemput ke blog saya juga..
    http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete